Trip.com, penyedia perkhidmatan perjalanan sehenti antarabangsa, baru-baru ini merasmikan pembukaan rasmi Hab Sokongan Pelanggan Malaysia yang diperluas, menandakan pencapaian besar dalam misinya untuk meningkatkan pengalaman perjalanan jutaan pelancong di seluruh dunia.
Dalam era di mana kecerdasan buatan (AI) semakin membentuk industri pelancongan – daripada cadangan peribadi, alat terjemahan segera sehinggalah bantuan masa nyata – Trip.com percaya bahawa kecemerlangan perkhidmatan sebenar lahir daripada gabungan inovasi teknologi dan sentuhan manusia.
Dengan kira-kira 16,000 wakil di 16 pusat sokongan di seluruh dunia, rangkaian global Trip.com Group memberikan sokongan pelanggan berbilang bahasa 24/7. Majoriti panggilan dan mesej berkaitan penerbangan serta hotel dijawab dalam masa 30 saat sahaja, memastikan pelancong mendapat perkhidmatan pantas, efisien dan penuh empati.
Malaysia Jadi Hab Strategik
Sejak ditubuhkan pada 2023, Hab Sokongan Pelanggan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 10 kali ganda dalam tempoh dua tahun, menjadikannya tonggak penting dalam operasi global Trip.com. Hab ini kini menyokong pelbagai produk Trip.com dan memainkan peranan utama dalam pertumbuhan serantau.
“Automasi meningkatkan kelajuan dan kecekapan, tetapi di Trip.com kami tidak pernah mengabaikan sentuhan manusia,” kata Arvin Singh, Pengurus Kanan Perkhidmatan Trip.com Malaysia. “Sebagai pasukan 100% tempatan, kami memahami bahasa dan budaya pelanggan. Dengan teknologi terkini, kami mampu memberikan penyelesaian peribadi yang efektif dan menyokong pelanggan dengan lebih baik.”
Pencapaian Perkhidmatan Pelanggan Trip.com
- 90% permintaan selepas jualan dijawab dalam masa 30 minit – 1 jam
- 85% isu berjaya diselesaikan pada cubaan pertama
- Penarafan Trustpilot: 4.4/5 🌟
Malaysia Pacu Pertumbuhan Serantau
Menurut Stephane Thong, Pengurus Besar Trip.com Malaysia, pengembangan operasi ini mencerminkan visi jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama bukan sahaja dalam sokongan pelanggan, tetapi juga inovasi pelancongan, pembangunan bakat dan kerjasama industri tempatan.
“Malaysia dan Asia Tenggara adalah pasaran penting bagi kami. Dengan Visit Malaysia Year 2026 yang semakin hampir, Trip.com komited untuk menyokong aspirasi pelancongan negara, meningkatkan keterlihatan Malaysia di pentas global dan memastikan setiap pelancong menikmati pengalaman perjalanan yang lancar dan bermakna,” katanya.
Komitmen Jangka Panjang
Falsafah “pelanggan diutamakan” yang menjadi asas Trip.com sejak 25 tahun lalu terus memacu strategi global syarikat ini. Dengan pengembangan Hab Sokongan Pelanggan Malaysia, Trip.com mengukuhkan komitmen untuk menjadi penanda aras kecemerlangan perkhidmatan perjalanan di Asia Tenggara dan seterusnya.
