TV keluaran syarikat terkemuka Hisense berada di kedudukan ke 2 dalam pasaran antarabangsa bagi suku pertama (S1) tahun 2024.
Menurut Institut penyelidikan pasaran antarabangsa, Omdia penghantaran global TV Hisense bagi S1 2024 mencapai sejumlah 6.32 juta, memberi kedudukan No. 2 kepada Hisense secara keseluruhan dalam pasaran global dari tahun 2022 hingga S1 2024.
Sementara itu, Hisense juga berada di kedudukan No. 1 bagi TV 100″ pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Sebagai peneraju teknologi dan pasaran dalam bidang TV Laser, Hisense turut menikmati bahagian volum TV Laser seluruh dunia pada S1 2024 sebanyak 53.4%.
Menurut kenyataan tersebut, kejayaan berterusan Hisense dalam pasaran yang sangat kompetitif ialah hasil daripada komitmennya kepada inovasi yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi membangunkan teknologi perkakas rumah rintis dalam usaha untuk menambah baik kehidupan seharian.
ULED Mini-LED Hisense U7N merupakan Televisyen Rasmi UEFA EURO 2024™, yang membawa tontonan bola sepak ke tahap tinggi yang baharu dengan TV yang direka bentuk khusus untuk peminat sukan dan pemain.
Dengan kadar segar semula yang tinggi iaitu 240Hz dan dilengkapi dengan 120Hz Ultra Motion dan Mod Sukan AI, U7N membawa anda ke bahagian tengah permainan.
Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, baru-baru ini Hisense melancarkan kempen ‘BEYOND GLORY’ yang menampilkan Duta-duta Global Iker Casillas dan Manuel Neuer.
Kempen ini menandakan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA ketiga berturut-turut Hisense bekerjasama dengan acara ini, memberikan peluang penting untuk terus menghubungkan jenama Hisense dengan pengguna di seluruh dunia.