UnionPay International dan Tourism Malaysia bertukar-tukar Memorandum Kerjasama (MoC) secara rasminya pada hari ini di ITB Shanghai 2025 yang menyaksikan permulaan suatu perjalanan baharu yang mengujakan bagi meningkatkan pengalaman pengembaraan dan pembayaran antara China dan Malaysia menuju Kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Majlis ini diadakan di Tourism Malaysia Pavilion antara Cik Zhuang Bei, Naib Presiden UnionPay International dan YBhg. Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang menekankan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama pelancongan dan meningkatkan pengalaman pengembaraan buat para pengunjung Cina. Sebahagian daripada kolaborasi ini merupakan lanjutan daripada usahanya yang lebih luas dan berterusan demi membuatkan perbelanjaan luar negara lebih lancar dan menjadi biasa untuk pelawat Cina.
Di Malaysia, lebih 90% peniaga menerima kad UnionPay, lantas menjadikannya lebih mudah untuk pengembara membuat pembayaran bagi pembelian besar dan juga kecil. Bagi item tiket yang lebih besar, kad UnionPay diterima secara meluas, manakala untuk pembelian yang lebih kecil, pelawat Cina boleh menggunakan aplikasi UnionPay dengan mudah untuk membuat pembayaran menggunakan kod QR. Gabungan antara penerimaan kad untuk transaksi lebih besar dan kesalingkendalian kod QR untuk pembelian harian ini dapat memastikan pemegang kad UnionPay berasa seperti berada di negara sendiri semasa melancong di Malaysia.
Kedua-dua pihak bersetuju berhubung usaha pemasaran dan penjenamaan bersama demi menggalakkan penerimaan pembayaran digital yang lebih luas dalam kalangan peniaga berkaitan pelancongan di Malaysia, selain memperkenalkan faedah-faedah perjalanan yang eksklusif untuk pemegang kad UnionPay. Perkongsian ini turut menyokong objektif Visit Malaysia 2026 (VM2026), satu kempen negara yang memfokuskan pada penggiatan semula pelancongan antarabangsa dengan meningkatkan pengalaman perjalanan dan menjadikan Malaysia lebih menarik di samping boleh dicapai oleh pengembara Cina.
“Kami benar-benar teruja dapat menjadi sebahagian daripada kolaborasi yang bermakna ini, terutamanya tatkala Malaysia bersiap sedia untuk menyambut dunia bersempena Visit Malaysia 2026 (VM2026). Malaysia terus menjadi salah satu destinasi yang paling digemari dalam kalangan pengembara Cina—bukan sahaja lantaran kekayaan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi, bahkan disebabkan oleh sejarah yang mendalam dan hubungan sesama rakyat antara negara-negara kita. Menerusi perkongsian ini, kami berbangga dapat menyumbang bagi menjadikan perjalanan lebih lancar dan menyeronokkan buat pemegang kad UnionPay, sekali gus menyokong usaha Malaysia yang lebih luas bagi merangsang pelancongan dan pemulihan ekonomi,” kata Zhuang Bei, Naib Presiden UnionPay International.
Tourism Malaysia menekankan kepentingan perkongsian strategik dalam mencapai matlamat pelancongan tahun 2026. Agensi ini menyatakan bahawa menyediakan penyelesaian pembayaran yang dipercayai dan diterima secara meluas merupakan pengupaya utama bagi meningkatkan kepuasan pelancong serta menggalakkan lawatan berulang.
