Buletin

Vaksin COVID-19: Hampir 60 peratus populasi dewasa lengkap dua dos

KUALA LUMPUR: Hampir 60 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, setakat Rabu.

Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), penerima individu dewasa lengkap dua dos vaksin mencapai 59.1 peratus atau lebih 13.84 juta dos telah diberikan.

Bagi suntikan dos pertama pula, populasi dewasa mencapai 80.3 peratus atau bersamaan lebih 18.79 juta dos telah diberikan.

Ini selepas pemberian dos harian vaksin COVID-19 mencatatkan pertambahan 423,380, pada Rabu.

Secara kumulatif, 57.5 peratus populasi keseluruhan mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 42.4 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin.

Sementara itu, Negeri dan wilayah yang melebihi 50 peratus populasi dewasa melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 adalah Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang.

Manakala kesemua negeri dan wilayah telah memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada populasi dewasa di negeri masing-masing.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top