Umum

Wan Fayhsal gesa PM Anwar pinda perlembagaan supaya hanya Melayu boleh jadi PM

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggunakan kelebihan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Bekas Timbalan Menteri Perpaduan itu berkata Perdana Menteri kini menikmati sokongan besar yang diperlukan untuk meminda perlembagaan, termasuk lima Ahli Parlimen Bersatu yang telah mengalih sokongan kepadanya.

“Maka cadangan saya kepada Anwar, inilah waktu terbaik dengan majoriti dua pertiga yang ada seperti digembar-gemburkan, untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar hanya seorang Melayu beragama Islam boleh menjadi perdana menteri.

“Mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memulihkan sokongan orang Melayu kepada kerajaan campuran pimpinan beliau berbanding memperagakan capal, songkok, cium keris, atau bertiwikrama bahasa,” katanya dalam kenyataan.

“Inilah waktunya untuk mematikan igauan pemimpin DAP ini yang telah puluhan tahun mengigau dan menjual mimpi ngeri kepada orang Melayu dan kaum pribumi,” katanya.

Ketua ARMADA Bersatu itu berkata kenyataan Lim itu menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu sebagai kelompok majoriti.

“‘Impian Malaysia’ atau lebih tepat ‘igauan Malaysia’ versi pemimpin DAP ini seolah-olah telah mematikan roh dan semangat penubuhan Persekutuan Malaysia yang meletakkan aspek perpaduan kaum berteraskan penghormatan kepada kontrak sosial, wasiat Raja-Raja Melayu serta ‘unwritten consensus’ antara yang lain,” katanya.

PALING POPULAR

To Top