Umum

Wanita dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa, ditemui maut

Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sejak hari Rabu lalu, ditemui maut di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemui kira-kira 6 petang, dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan kehilangan Nur Farah Kartini pada 1.56 pagi 10 Julai lalu.

Kali terakhir bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris itu dilihat berpakaian korporat biru, bertudung dan berseluar slack hitam.

 

 

PALING POPULAR

To Top