Sports

West Ham ‘ketuk’ Liverpool di London

WEST Ham United membuktikan bahawa kelab London itu selayaknya berada dalam saingan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mengalahkan Liverpool, 3-2 di Stadium London.

Kemenangan The Hammers kendalian David Moyes itu menamatkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam semua kejuaraan dan pada masa sama mengekori rapat The Reds.

Anak buah Jurgen Klopp terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan sendiri penjaga gol The Reds, Alisson pada minit keempat perlawanan.

Bagaimana pelawat kembali menyamakan kedudukan menerusi Trent Alexander-Arnold pada minit ke-41 sebelum menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, tonggak tuan rumah Craig Dawson hampir merobek gawang pelawat sebelum Pablo Fornals melebarkan kelebihan West Ham pada minit ke-66 diikuti tandukan Kurt Zouma untuk gol ketiga West Ham pada minit ke-74.

Liverpool yang tidak berputus asa kemudian mengurangkan defisit hasil jaringan pemain gantian Divock Origi pada minit ke-82.

Kemenangan liga keempat berturut-turut West Ham, membolehkan The Hammers mengumpul 23 mata daripada 11 perlawanan tiga mata di belakang pendahulu Chelsea.

Artikel asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top