Umum

Zahid diserang oleh MIC, MCA dan PBRS kerana berbohong

Tan Sri Annuar Musa telah berkongsi di Facebook beliau bahawa Zahid Hamidi diserang oleh MCA, MIC dan PBRS kerana berbohong kepada YDPA kononnya 30 MP BN sokong Anwar sebagai PM, semasa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.

Tambahannya, sedangkan keputusan DT BN pada 21 November 2022 tidak menyokong sesiapa sebagai PM dan BN terus akan menjadi pembangkang.

Malam tadi diberitakan BN mahu memohon utk menangguhkan sekali lagi titah mengadap 30 ahli parlimennya.

Titah mengadap adalah saperti yang dimaklumkan melalui kenyataan rasmi Istana Negara.

Ini menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat tentang apakah yg sebenarnya sedang berlaku,terutama dalam BN itu sendiri.

Sewajarnya BN lebih terbuka dan telus dengan orang ramai kerana ini adalah perkara menyentuh kepentingan ramai.

Percubaan menangguhkan ini bukan saja dilihat sebagai perbuatan ingkar titah DYMM SPB YDP AGONG,tetapi juga menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam BN itu sendiri.

Hal ini patut di jelaskan kepada orang ramai.BN sepatutnya tidak menyulitkan SPB YDP Agong menyempurnakan tugas Baginda,namun kini jelas ada sesuatu yg tidak kena dipihak BN dan bukannya Istana Negara.

Beberapa pemimpin utama BN,khususnya YAB PM,YB DS Hishamudin,Ahli Parlimen MCA,MIC,PBRS dan sejumlah besar MP BN telah menyatakan secara terbuka mereka menolak DS Anwar Ibrahim dan mempertahankan Dasar Parti,NO ANWAR,NO DAP.Ini menjadi bukti DSAI sudah gagal mendapat cukup bilangan kerana beliau memerlukan sekurang kurangnya 27 drp 30 MP BN.

Terdapat pihak yang kini cuba melengah-lengahkan titah mengadap,kerana jika itu berlaku,sudah pasti rancangan dan komplot Murid dan Guru akan gagal.

Penangguhan,jika di perkenankan akan meletakkan SPB YDP AGONG dlm keadaan serba salah dan mungkin di tuduh berkerjasama dengan satu pihak yang tertentu,sedangkan kita tahu Baginda hanya mahu perkara ini di sempurnakan dengan baik dan berperlembagaan

Percubaan menghalang titah yg telah di keluarkan secara terbuka dan telus oleh Istana Negara adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai menghalang SPB YDP Agong daripada menyempurnakan tugas Baginda.

Ini bakal mendedahkan Istana Negara kepada pelbagai tuduhan yg tidak wajar.

BN perlu telus dengan memberi update perkara sebenar.Hal ini juga meletakkan BN sebagai parti yg di lihat berterusan menimbulkan masaalah kepada rakyat,bukan menyelesaikan masaalah rakyat.

Inilah juga antara sebab BN ditolak rakyat.

Semuanya berpunca dari SATU ORANG.

Parti menanggung akibatnya.

Belum cukupkah lagi kerosakan yg telah dibawa kepada parti ini?

Sumber: Tan Sri Annuar Musa

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top