Umum

1 Jan 2025: Cuti hujung minggu Johor ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad

Bermula 1 Januari tahun depan, cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah, “Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ), bermula  1 Jan tahun depan, cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad.”

Beliau juga menitahkan agar Mufti Negeri Johor dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan perbincangan untuk meneliti perkara ini dari semua aspek.

“Semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan akan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat,” titah baginda.

Setakat ini, negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah masih melaksanan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.

PALING POPULAR

To Top