Umum

10 Taman Awam DBKL Kini Dibuka Seawal 5.30 Pagi Hingga 10 Malam

10 Taman Awam DBKL Kini Dibuka Seawal 5.30 Pagi Hingga 10 Malam

KUALA LUMPUR – Berita baik buat warga Kuala Lumpur yang gemar berjoging, berjalan santai atau meluangkan masa bersama keluarga di taman awam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan waktu operasi bagi 10 taman awam utama di bawah seliaannya kini dilanjutkan, bermula seawal jam 5.30 pagi hingga 10.00 malam.

Langkah ini memberi lebih banyak masa kepada orang ramai untuk beriadah, bersenam dan menikmati suasana hijau di tengah kesibukan ibu kota.

2 taman dibuka hingga tengah malam pada hujung minggu

Lebih menarik, Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa akan dibuka sehingga jam 12.00 tengah malam pada setiap Jumaat dan Sabtu.

Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada warga kota dan keluarga untuk menikmati aktiviti riadah pada waktu malam dalam suasana yang lebih santai dan selesa.

Senarai 10 taman awam terlibat

  • Taman Botani Perdana
  • Taman Tasik Titiwangsa
  • Taman Metropolitan Kepong
  • Taman Tasik Permaisuri
  • Taman Bukit Jalil
  • Taman Tasik Menjalara
  • Taman Pudu Ulu
  • Taman Rekreasi Alam Damai
  • Taman Tasik Ampang Hilir
  • Taman Tasik Danau Kota

Galakkan gaya hidup sihat

DBKL berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping menikmati suasana hijau dan nyaman di taman-taman awam sekitar Kuala Lumpur.

Pengumuman ini turut dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menerusi media sosial beliau.

Bagi mereka yang bekerja pada waktu pejabat atau hanya mempunyai masa pada awal pagi dan malam, perubahan ini pastinya menjadi berita yang amat dialu-alukan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top