Umum

20 Ahli Parlimen UMNO didakwa sokong Muhyiddin jadi PM

Seramai 20 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) didakwa telah menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut sumber dalaman BN, seramai 20 daripada 30 ahli Parlimen yang menang itu sedia untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, tindakan 20 ahli Parlimen BN kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang giat mengatur gerakan untuk bersama Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

PALING POPULAR

To Top