Umum

20 rumah setinggan terbakar, mangsa sesak nafas dibawa ke hospital

Kira-kira 20 rumah setinggan musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan belakang sebuah sekolah di Kolombong, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, seramai 12 anggota dari BBP Lintas dengan dibantu anggota daripada BBP Kota Kinabalu dan Penampang dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan rumah setinggan jenis tidak kekal dengan anggaran sebanyak 20 rumah musnah terbakar.

“Terdapat seorang mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Katanya, operasi terkawal pada jam 5 pagi dan usaha memadamkan kebakaran sepenuhnya masih dilakukan.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top