Kecantikan

4 Sebab Wanita Nampak Lebih Tua Dari Lelaki!

Wanita percaya apabila mencapai usia 20-25 tahun, ketika itulah kulit mereka cantik dan bercahaya.

Tetapi, apabila memasuki fasa 25 tahun ke atas, mereka perlu berwaspada kerana akan munculnya penuaan.

Cuba anda bandingkan ibu dan ayah anda, siapa nampak lebih tua? Mesti ramai yang akan cakap ibu nampak lebih tua.

Apa sebabnya? Ini antara sebab wanita akan nampak lebih tua walaupun usia masih muda!

1. Kelenjar Minyak Lelaki Lebih Banyak

Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak berbanding wanita terutama di bahagian mulut dan mata. Sebab itulah lelaki lambat mengalami penuaaan dan kedutan di bahagian tersebut.

2. Menopause

Semakin meningkat usia, jumlah hormon estrogen yang dihasilkan semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.

3. Penyusutan Tulang

Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ia membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur.

4. Wanita Lebih Mudah Stress

Wanita suka memikirkan sesuatu secara berlebihan jika dibandingkan dengan lelaki.Tambahan pula tugas wanita lebih berat berbanding lelaki, perlu bekerja, menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top