Cinta

6 Sebab Lelaki Lebih Suka Wanita Badan Berisi

Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. Itu antara ciri utama bentuk badan wanita yang paling digemari oleh lelaki.

Namun, tidak semua lelaki mempunyai cita rasa yang sama. Ada saja lelaki di luar sana yang sukakan wanita berbadan besar dan yang kurus keding.

Sebenarnya ada sebab kenapa kebanyakan lelaki lebih sukakan wanita badan berisi!

1. Wanita badan berisi lebih subur & sihat

Kajian membuktikan wanita pinggul besar lebih subur dan mudah untuk melahirkan anak. Jadi tidak hairanlah wanita badan berisi sentiasa menjadi idaman lelaki.

2. Dada dan punggung lebih besar

Satu bonus bagi wanita yang memiliki dada dan punggung besar kerana dua bahagian tersebut paling digemari oleh lelaki. Bagi lelaki bentuk badan wanita berisi lebih manarik!

3. Lebih sedap untuk dipeluk

Mungkin juga ini sebab utamanya. Wanita badan berisi lebih sedap dan mudah untuk dipeluk. Kalau kurus sangat rasa tulang saja. Opss, yang kurus jangan marah ya!

4. Kelihatan lebih muda

Badan berisi buatkan wanita nampak lebih muda kerana adanya lemak pada wajah. Jika terlalu kurus, wajah jadi cengkung dan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.

5. Wanita berisi nampak lebih dewasa

Setiap lelaki impikan wanita yang matang dan penampilan menarik. Wanita berisi memiliki dada dan punggung yang besar, tidak nampak seperti gadis remaja walaupun usia masih muda.

6. Pakai apa saja tetap nampak menarik

Disebabkan tubuh badan wanita berisi sangat menarik, apa saja pakaian yang digayakan oleh mereka cukup mengiurkan di mata lelaki.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top