Umum

4 Tahun Lepas Pernah Keluar ‘Mingguan Wanita’, Cikgu Fadli Salleh Pernah Akui Silibus Tak Salah?

Panas dan tular ketika ini mengenai isu guru Matematik, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang mendakwa dirinya bakal berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana lantang menyuarakan pendapatnya.

Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai masalah sistem pendidikan termasuk silibus matematik dan isu beg berat anak murid.

Beliau yang juga guru Matematik Sekolah Kebangsaan (1) Gombak ini juga ada berkongsi dua surat tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) menerusi laman Facebook peribadinya. Boleh tengok di sini.

Cikgu Fadli turut mempersoalkan kewajaran tindakan berkenaan kerana dia tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah.

Isu yang diperkatakan ini juga menjadi panas sehinggakan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu hantaran di Facebooknya semalam, mahu berjumpa Cikgu Fadli untuk mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan beliau.

Kenapa Dulu Okay Je?

Lain pula jadinya apabila kami menjumpai artikel dari Mingguan Wanita, 4 tahun lepas bahawa Cikgu Fadli pernah akui silibus tak salah cuma “cara dan penerangan kita yang patut ubah…”

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Jadi, apa pula pandangan anda?

Sumber: Murni Md Rejab

PALING POPULAR

To Top