Tinggal seminggu saja lagi umat Islam bakal menyambul Aidilfitri. Mesti ramai yang tengah sibuk buat persiapan raya lebih-lebih lagi nak sediakan baju raya.
Nak tanya ni, berapa harga baju raya korang? Mesti ramai yang sangka kalau harga baju tu RM200 dah cakap mahal gila. Korang tak tengok lagi harga baju yang kami akan senaraikan ini.
Kenapa mahal? Mestilah ianya hasil rekaan pereka fesyen terkenal. Walaupun nampak seperti baju biasa je, namun jenis kain dan material yang digunakan sangat berkualiti tinggi.
Terpulang pada anda sama ada sanggup ke tidak untuk habiskan ribuan ringgit untuk sehelai baju raya. Apa-apa pun jom tengok 5 jenama baju raya paling mahal di Malaysia.
1. Rico Rinaldo (RM1,908-RM4,028)
2. Sapto Djojokartiko (RM550-RM2,205)
3. Rizalman (RM409-RM1,589)
4. Rizman Ruzaini (RM599-RM1,199)
5. Jovian Mandagie (RM400-RM600)
Sumber: Majalah Labur