Buletin

Solat Tarawih Sambil Menari Di Indonesia Di Kecam 

Ramadhan tahun lalu sebuah rakaman video solat Tarawih ekspres di Jawa Timur, Indonesia menjadi bualan hangat di media sosial.

Video itu memaparkan solat sunat Tarawih 23 rakaat termasuk solat sunat Witir dilakukan dalam masa 7 minit sahaja.

Lebih mengejutkan, amalan itu sudah dilakukan secara turun temurun di masjid sama sejak 160 tahun lalu.

Baru-baru ini lain pula ceritanya. Rakaman video aksi solat berjemaah sambil menari yang dipercayai berlaku di Indonesia gempar di media sosial.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, puluhan jemaah lelaki dan wanita sedang menghayunkan badan ke kiri dan kanan diiringi gerakan tangan sambil melaungkan kalimah yang tidak dipastikan sebutannya.

Kemungkinan besar juga aksi itu berlaku ketika jemaah mengerjakan solat sunat Tarawih.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu salah satu daripada ajaran sesat memandangkan tertib solat tidak mengikut panduan ajaran Islam.

Bagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan perbuatan itu adalah sebahagian daripada zikir.

Sumber: Astro Gempak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top