Kerjaya

5 Punca Usahawan Melayu Selalu Gagal Perniagaan

Sekarang ni ramai dah usahawan Melayu dan rata-rata mereka semuanya bergelar jutawan berjaya. Mereka ini patut dijadikan contoh dan motivasi pada orang lain.

Namun, masih ramai juga usahawan Melayu diluar sana yang gagal sebagai pengasas produk. Apa sebabnya??

Jika anda nak mulakan perniagaan produk, ketahui 5 perkara ini jika anda tidak mahu gagal.

1. Mereka tidak fokus pada satu-satu produk

Belum pun produk itu stabil, dia sudah berubah ke produk yang lain, pendek kata semua dia mahu jual selagi ada peluang.

2. Hanya bersandarkan kepada nama pengasas

Yang ini pun tak boleh jadi. Jangan hanya bersandarkan pada nama pengasas je tetapi tidak melakukan kerja-kerja lain di belakang tabir seperti pemasaran, pengurusan dan sebagainya. Pengasas bukan sekadar menjual nama.

3. Merompak duit syarikat sendiri

Macam-mana tu??? Macam mana nak kaya. Kalau dapat untung je terus dibelanjakan. Sepatutnya kumpul dahulu untuk dapatkan modal lebih besar.

4. Pengurusan akaun & kewangan syarikat yang lopong

Kebanyakan mereka menjadikan akaun sendiri sebagai akauan syarikat, maka banyaklah berlaku ketirisan dalam kewangan syarikat sendiri.

5. Bayar gaji staf lewat

Ini memang masalah besar kalau anda jadi bos, sedangkan, merekalah penggerak syarikat. Jangan bising kalau produk anda tak berjalan kalau anda jenis bos banyak gaji lambat.

Sumber: Intrend

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top