Umum

5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan

Lima mangsa rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan dua buah treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, selepas susur keluar Kuala Kangsar, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai nahas itu pada jam 12.52 pagi.

Menurutnya, nahas melibatkan sebuah kereta dan dua treler yang membawa muatan besi dan mozek.

Menurut jurucakap itu lagi, kereta dan treler berkenaan terbakar 90 peratus.

Katanya, terdapat lima mangsa di dalam kereta dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.

Dua pemandu treler dan seorang kelindan tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

Dimana, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top