Buletin

5 Selebriti Popular Kini Menghilang Tanpa Berita

Jika anda lihat, selebriti yang kami senaraikan ini suatu ketika dahulu sangat popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Namun kini, hilang tanpa khabar berita.

Apa yang pasti, masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka menginggalkan industri seni tanah air.

1. Anita Sarawak

Kali terakhir Anita muncul membuat persembahan adalah ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada April 2011.

Hanya dua hari sebelum berangkat, Anita yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Nita menemui ahli keluarga untuk menyatakan hasratnya pulang ke Las Vegas.

Selepas itu, bayangan Anita tidak lagi menjelma malah kehilangannya menjadi tanda tanya kepada ramai.

Lebih menyedihkan, Anita tidak pulang untuk memberi penghormatan terakhir ketika ibu tirinya, Allahyarham Datin Umi Kalthum meninggal dunia dalam tidur pada Ramadan 2014.

2. Malique Ibrahim

Kali terakhir muncul membuat persembahan pada tahun 2007 di Kuala Lumpur untuk Kanye West.

Ada orang cakap semua benda tak kena sebab Malique seorang yang perfectionist. Ada juga yang cakap dia menghidap Schizo Paranoia. Tak suka media campur tangan dalam kehidupan peribadi. Sumber memberitahu, Malique kini tinggal di Damansara.

3. Waheeda

Penyanyi dan pelakon terkenal Waheeda yang pernah popular dengan lagu wassini dan berlakon dalam filem anak mami dan jutawan fakir antara selebriti yang lama menghilang.

Selepas berkahwin, Waheeda yang juga merupakan isteri kepada pendakwah selebriti terkenal Ustaz Akhil Hayy, menumpukan sepenuh masa bersama keluarga.

4. Juliana Banos

Juliana Banos merupakan seorang penyanyi dan pelakon di bawah label KRU pada suatu ketika dahulu. Dahulu lagu yang dinyanyikan oleh beliau mendapat tempat di hati peminat dan menjadi siulan remaja ketika itu.

Walaubagaimanapun, bintang yang tengah bersinar menjadi suram selepas dia berhenti menyanyi setelah berkahwin dengan suaminya Mokhtar Ahmad 12 tahun yang lalu. Bapa Mokhtar Ahmad, Datuk Ahmad Kemin merupakan pengasas Mutiara Motors. Kini suami Juliana merupakan pengarah urusannya.

5. Nasha Aziz

Suatu ketika dahulu, nama Nasha Aziz, cukup menjadi perhatian ramai. Apatah lagi bekas model tinggi lampai ini mempunyai raut wajah yang cukup cantik.

Justeru tidak hairanlah apabila Nasha berdiri sama tinggi dengan beberapa selebriti cantik lain seperti Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi ketika zaman kegemilangannya. Namun kini, Nasha seolah-olah tidak begitu aktif dengan dunia glamour dan mengambil langkah menjauhkan diri dari media tempatan dan peminatnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top