Gaya Hidup

5 Tips perancangan kewangan baik untuk Gen Z

Gambar Hiasan

“Sekarang masa terbaik”. Itu ungkapan yang sering digunakan apabila berbicara tentang soal membina kewangan stabil untuk masa depan, lebih lagi kepada anak muda dan “Gen Z”.

Bagi kebanyakkan Gen Z (anak muda kelahiran sekitar 1990an),  sekarang merupakan masa yang mengujakan dan juga penuh cabaran.

Golongan generasi ini sudah bermula melangkah ke alam dewasa yang membawa maksud keperluan untuk berdikari dan berdepan dengan banyak masalah yang tak pernah dihadapi sebelum ni, termasuklah dalam isu  perancangan kewangan.

Tapi jangan risau, ini 5 tips kewangan yang boleh dilakukan Gen Z untuk membina kewangan stabil.

1. Menabung / menyimpan duit

Mengimbangani perbelanjaan keperluan sekarang dan membuat simpanan merupakan cabaran yang sering dihadapi Gen Z. Dengan keperluan diri yang terasa sentiasa serba kekurangan tambah lagi dengan perkembangan dunia gajet yang cepat, boleh membuatkan Gen Z rasa tiada kesempatan untuk menyimpan.

Dinasihatkan kalau tidak boleh banyak pun, cuba amalkan asingkan 10% daripada gaji bulanan untuk simpanan. Sekiranya tak boleh, cuba tetapkan jumlah seperti RM50 atau RM100 sebulan. Walaupun jumlah permulaan itu nampak sikit, ia akan membantu dalam masa yang akan datang.

 

2. Mengurangkan perbelanjaan Tinggi

Kajian menunjukkan faktor “FOMO” (Fear of Missing Out) dan “YOLO” (You Only Live Once) mendorong perbelanjaan tinggi antara Gen Z. Perkara ini mampu menambah beban kewangan lebih lagi dengan kemudahan kad kredit dan BNPL (Buy Now Pay Later) yang semakin popular.

Laporan Kredit Pengguna CTOS bagi Malaysia tahun 2022 menyatakan Gen Z mencatat peningkatan tertinggi iaitu 56.1 peratus bagi purata baki pinjaman peribadi pada tahun lalu.

Tak salah untuk “keep up with the trend” tapi jangan sampai ia menjadi beban kepada keadaan kewangan anda.

 

3. Pelaburan

Bagi kebanyakkan Gen Z, usia yang muda menjadikan persaraan bagaikan sesuatu yang jauh kehadapan. Sebenarnya, persaraan yang selesa bermula dengan pelaburan pada usia muda.

Pelbagai jenis pelaburan boleh diteliti dan dicuba, seperti pelaburan saham, emas, amanah saham seperti ASB mahupun KWSP. Yang penting adalah komitment untuk terus menambah pelaburan yang ada supaya ia boleh terus membuahkan hasil.

4. Side Income

Dalam zaman gig ekonomi yang berkembang pesat, terdapat pelbagai jenis pilihan side income yang boleh dicuba oleh Gen Z contohnya e-hailing, p-hailing dan pekerjaan freelance seperti pereka grafik.

Tak kira apa jenis kerja yang dipilih, tambahan pendapatan ini dapat digunakan untuk membiayai komitmen bulanan ataupun menambah pelaburan.

 

5. Skim / Kaedah menjana pendapatan cepat di media sosial

Sekarang segala jenis maklumat dihantar dan ditularkan di media sosial. Termasuk juga pelbagai jenis skim yang menjanjikan pulangan terlalu besar dan juga tips yang “mendidik” kaedah mengembangkan modal dengan cepat.

Dinasihatkan agar berhati-hati, jangan mudah percaya dengan skim dan kaedah seperti ini kerana tak semua yang mampu menjana pulangan seperti dijanjikan dan semua jenis pelaburan dan perniagaan mempunyai risiko yang tersendiri.

Semoga 5 tips ini dapat menjadi panduan kepada pengurusan dan perancangan kewangan yang mampan dan berpanjangan bagi mencapai sasaran persaraan yang diingini.

PALING POPULAR

To Top