Diet

6 Rahsia Wanita Jepun Awet Muda & Tak Gemuk

Wanita Jepun terkenal dengan bentuk badan langsing dan memiliki kesihatan yang baik berbanding wanita lain di dunia.

Apa rahsia mereka tidak mudah gemuk dan awet muda? Bukan itu je, kebanyakan wanita disana kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Kalau nak tahu, mereka sangat menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sangat berdisiplin.

Ini antara rahsia dan tabiat ketika makan wanita Jepun yang anda boleh cuba jika ingin kurangkan berat badan dan inginkan kulit cantik!

1. Diet seimbang & berkhasiat

Kebanyakan makanan Jepun semuanya sihat-sihat seperti ikan, rumpai laut, sayuran hijau, soya, nasi, buah-buahan dan teh hijau. Paling penting mereka tidak gemar makanan segera.

2. Teknik masakan

Teknik memasak orang Jepun adalah merebus, bakar, panggang, stim dan menggoreng dalam kuali leper dengan minyak yang sangat sedikit. Sayur pula di masak sekajap sahaja untuk mengekalkan khasiatnya. Air rebusan sayur wajib diminum sebagai alas perut sebelum tidur.

3. Teknik mengunyah makanan

Walau sibuk mana pun, sarapan pagi, tengahari dan makan malam sangat penting. Mereka juga mengamalkan makan sedikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul untuk memudahkan sisterm pencernaan.

4. Jarang sentuh makanan manis

Pencuci mulut orang Jepun selalunya sesuatu yang kurang manis seperti aiskrim teh hijau atau mochi yang diperbuat daripada beras.

5. Amalan heavy breakfast

Sarapan pagi penting bagi orang Jepun. Mereka amalkan makanan berat pada waktu pagi. Pengambilan makanan berat waktu pagi membantu menangani masalah obesiti.

6. Nasi sebagai makan ruji

Seperti Malaysia, Jepun juga menjadikan nasi sebagai makanan ruji mereka. Kalau nak diet, jangan makan roti. Ada baiknya ambil nasi dalam setiap hidangan yang sederhana (setengah cawan) dalam satu atau dua kali setiap hari.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top