Tinggal berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Memang tak sabar sangat. Lagi besat boleh bercuti panjang.
Tapii, sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Semak 8 tips keselamatan ini sebelum pulang ke kampung.
1.Simpan barang berharga di tempat yang selamat
Pastikan anda simpan barangan berharga di tempat selamat. Kalau tak ada, boleh la bawa sekali balik kampung. Bukan apa, mana tahu pencuri buat onar pecah masuk rumah.
2.Bukak kepala tong gas
Sebelum bercuti panjang, seeloknya buka kepala tong gas. Hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka. Jangan lupa yer!
3.Kosongkan air kolah
Kita tak mahu nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur. Jadi kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes.
4.Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau.
5.Maklumkan kepada jiran
Sekiranya jiran tidak balik kampung, seeloknya memaklumkan kepada mereka. Mungkin jiran kita dapat menjenguk rumah kita sepanjang ketiadaan kita.
6.Buka lampu dalam rumah
Perkara ini sangat membantu. Sekiranya ada automatik suis, pastikan set untuk membuka lampu pada waktu malam. Sekiranya rumah berlampu, pasti orang akan mengagak yang ada orang di dalam rumah.
7.Kunci semua pintu dan tingkap
Pastikan kita mengunci pintu dan tingkap sebelum balik kampung. Check betul-betul kerana pencuri mempunyai banyak cara untuk memasuki rumah.
8.Membaca doa
Allah adalah sebaik-baik penjaga. Setelah kita berusaha, kita bertawakal kepada Allah, mintak kepada Allah agar menjaga rumah kita. InshaAllah.