Buletin

Nampak Macam Gadis Remaja, Tapi Rupanya Sudah 42 Tahun

Sekali pandang anda mungkin terfikir wanita ini berusia 20-an. Tapi jangan terkejut kerana wanita ini cantik ini baru saja menyambut hari jadinya yang ke-42.

Lure Hsu, dari Taiwan kini menjadi sensasi internet disebabkan wajah awet muda yang dimilikinya. Memang tak percaya usianya sudah menjangkau 40 tahun.

?✨✨#lurehsu #許路兒 #2020eyehaus #dita

A post shared by ⭐️許路兒⭐️ (@lurehsu) on

Menurut Lure, rahsianya kekal awet muda ialah dengan mengamalkan minum banyak air dan makan sayur.

Lure juga tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi. Tidak ketinggalan Lure juga mengambil vitamin C serta kolagen.

Dia yang juga seorang pereka fesyen pertama kali menarik perhatian ramai disebabkan oleh adiknya, Sharon Hsu.

Sharon, 35, adalah aktres di Taiwan. Dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.

❤️#lurehsu #許路兒

A post shared by ⭐️許路兒⭐️ (@lurehsu) on

Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Lure kerana dia seakan-akan gadis remaja.

Sumber

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top