Umum

86 penghuni dipindahkan akibat tanah runtuh

Foto JBPM

Seramai 86 penghuni di kawasan penempatan semula Orang Asli dekat Sungai Ruil, Golden Hill di sini diarahkan berpindah serta-merta akibat tanah runtuh pada hari Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tiga buah motosikal juga tertimbus akibat kejadian tersebut.

Seramai 8 anggota dan 3 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Katanya, “pihak bomba membuat pemeriksaan di lokasi dan didapati masih ada lagi pergerakan tanah di kawasan berkenaan,”

Jelas Zulfadli, pihak bomba mengarahkan penghuni rumah di kawasan sekitar untuk mengosongkan kediaman masing-masing dan dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Sungai Ruil.”

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top