Business

Samenta memohon kerajaan gunakan dana mula untuk bangunkan PKS

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) Malaysia meminta kerajaan menumpukan dana pembangunan syarikat permulaan (start-ups) untuk kegunaan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam mengulas kajian separuh penggal RMK12, Presiden Samenta Datuk William Ng berkata sekiranya disalurkan kepada PKS yang mempunyai kadar pertumbuhan baik dan berimpak tinggi, dana permulaan dan campur tangan kerajaan sedia ada dapat membuahkan hasil yang lebih baik.

 

“Kami telah melihat banyak contoh kemudahan yang diberikan kepada ekosistem pemula niaga bagaimanapun usaha ini hanya memberi manfaat kepada jiran serantau apabila ia dijual kepada pemain yang lebih besar. Jika dan apabila ia menghasilkan keuntungan, keuntungan akan salur ke luar negara.”

Beliau menyarakan supaya dana kerajaan digunakan untuk memastikan PKS yang telah bersedia untuk mengeksport dipermudahkan melalui rangkaian pasaran yang tertumpu, penjenamaan dan reka bentuk pembungkusan.

Dana teroka dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seharusnya digalakkan untuk membiayai bersama PKS dalam aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) untuk menyepadukan rantaian bekalan mereka dengan lebih baik dan mewujudkan lebih banyak PKS dengan saiz yang mencukupi untuk bersaing di peringkat serantau dan global, katanya.

Datuk William Ng berkata langkah dilakukan kerajaan adalah betul dalam memfokuskan kepada pertumbuhan tinggi, industri bernilai tinggi yang akan mempunyai kesan limpahan ke atas PKS dan mendapat manfaat daripada menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan yang diperbesarkan.

“Sehubungan itu, Samenta komited untuk menyokong 1.2 juta PKS negara untuk meningkatkan rantaian nilai, melaksanakan pendigitalan dengan pantas dan menjadi lebih produktif dan berdaya saing,” katanya.

Samenta turut menyambut baik rancangan untuk memberi tumpuan kepada industri kreatif dan PKS yang diterajui reka bentuk.

“Kami sekali lagi mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan geran padanan untuk reka bentuk pembungkusan dan penjenamaan untuk membantu PKS kami beralih daripada sekadar pengeluar peralatan asal (OEM) kepada pemilik jenama sendiri sambil menyokong industri kreatif,” ujarnya lagi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top