Business

Proton mengesahkan masalah pembumian sebagai punca kebakaran X90.

Ekoran beberapa insiden kebakaran melibatkan Proton X90 yang tular di media sosial kebelakangan ini, banyak pendapat dan teori sebab kebakaran itu terjadi juga mula dibincangkan di platform media sosial.

Bagi mengimbangi spekulasi yang berleluasa, PROTON mengeluarkan kenyataan untuk memberi sedikit pencerahan tentang apa yang berlaku.

Seteleh menjalankan proses siasatan yang meneyeluruh oleh pasukan pakar dari PROTON dan Geely, masalah sambungan pembumian atau “grounding” pada badan kereta telah dikenal pasti.

Didapati isu pembumian ini boleh menyebabkan pemanasan yang keterlaluan pada kawasan pembumian itu dibuat disebabkan arus besar yang berterusan melaluinya. Ini pula boleh mengakibatkan bahan kalis bunyi yang berhampiran mengalami pemasan luar biasa sehingga terbakar.

Sebagai langkah keselamatan, semua pemilik Proton X90 akan dihubungi secara individu oleh pengedar Proton 3S/4S untuk menjalani pemeriksaan dan sekiranya perlu langkah pembaikan akan diambil bagi mengelakkan risiko pembakaran akibat isu pemanasan ini.

Para pemilik juga boleh menghubungi pusat servis Proton 3S/4S terdekat untuk menetapkan temujanji ataupun terus menghubungi talian bantuan PROTON di 1800 – 88 – 8398 untuk maklumat lanjut.

Sehubungan itu, PROTON dan vendor-vendornya telah mengambil langkah pencegahan dengan meningkatkan kawalan proses pembekal dan pemeriksaan ke atas barisan pengeluaran Proton X90.

Akhirnya, PROTON ingin mengesahkan bahawa bateri hibrid ringan (48v) yang digunakan oleh Proton X90 bukanlah punca insiden dan juga ingin memberi keyakinan kepada semua bahawa kualiti produk dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan PROTON.

Sumber Proton

PALING POPULAR

To Top