CIMB Artober, sebuah pameran seni yang mempamerkan ekpresi seni kembali lagi dengan pelbagai jenis seni, termasuk lukisan hingga instalasi seni yang artistik. CIMB Artober menawarkan pelbagai acara gaya hidup yang berfungsi sebagai platform strategik yang meningkatkan kehadiran pengamal seni di samping mengetengahkan Malaysia sebagai pusat kreativiti yang berkembang maju. CIMB Artober tahun ini dimulakan dengan pameran tiga hari dari 6 hingga 8 Oktober 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (“MITEC”).
CIMB Artober Art & Soul merupakan sebahagian daripada CIMB Artober, kempen tiga bulan oleh bank ini untuk meraikan seni visual, yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember ini. 18 galeri seni komersial dan tiga penganjur kraf ternama ditampilkan sepanjang festival berkenaan.
Galeri-galeri yang mengambil bahagian adalah A+ Works of Art, Artas Art Gallery, Core Design Gallery, G13 Gallery, La Galerie du Monde, Rissim Contemporary, Suma Orientalis Fine Art, TAKSU, dan ZHAN Art | Space. Terdapat juga penyertaan baru yang mengambil bahagian seperti Galeri Puteh, Art+ Contemporary, Centexs Commercial Sarawak, Public Art Alliance, Qing Gallery, SARENG, Segaris Art Centre, Wei-Ling Gallery, Yayasan Hasanah. Dan dari Filipina, dan juga The Drawing Room.
Selain CIMB Artober Art & Soul, CIMB Artober juga menampilkan satu lagi program iaitu CIMB Artober Fashion Week di mana ia akan diadakan selama 3 hari dari 6 hingga 8 Oktober. CIMB Artober Fashion Week 2023 menampilkan 12 peserta dari Malaysia dan Indonesia dan akan mengadakan empat pertunjukan fesyen sepanjang pameran.
Antara 12 peserta dari Malaysia termasuk, Ash Majid dari Langkawi, ETHEREAL oleh Amni Hareez Sarjanisham, Anuar OktoberFaizal, Athan Siahaan, CARRO, Ezuwan Ismail, Daliey Fazdly, House of Hasto, Me2We X Dato’ Zainal Abidin, Pink Jambu, Radzuan Radziwill dan ZUUSAHA.
Manakala dari Indonesia, ada House of Hasto dan Athan Siahaan. CIMB Artober 2023 akan dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 5 Oktober 2023. Antara sorotan utama CIMB Artober Art & Soul adalah Pavilion Pahang yang mempamerkan koleksi peribadi kain tenun diraja Pahang milik Raja Permaisuri Agong.