BOOST dengan kerjasama CelcomDigi memperkenalkan Beyond Card, melalui rangkaian Mastercard.
Kad inovatif ini merupakan kad antarabangsa dua-dalam-satu pertama di Malaysia, membolehkan pelanggan mengakses dana daripada baki Boost wallet dan menggunakan talian kredit pra-kelulusan.
Ia menjadi kad pertama di Malaysia dengan fungsi unik, selain diterima secara meluas di seluruh rangkaian lebih 100 juta peniaga Mastercard di seluruh dunia.
Pelanggan terpilih akan dijemput untuk memohon kad berkenaan mulai 9 Oktober 2023, dengan pengguna Celcom menikmati akses untuk mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Boost, diikuti pengguna Digi dalam masa terdekat.
Beyond Card oleh CelcomDigi dan Boost menawarkan pembayaran fleksibel berpatuhan Shariah menerusi kemudahan kredit dengan cara lebih bertanggungjawab, menggunakan teknik pemarkahan mantap bagi memastikan pelanggan yang ditawarkan talian kredit memiliki keupayaan untuk pembayaran balik.
Ia juga menangani jurang kewangan membabitkan sasaran pelanggan tanpa kad atau hanya memiliki kad asas dengan tawaran pengalaman premium.
Selain itu, kad itu juga merupakan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menawarkan Ganjaran Pelancongan Mastercard, dengan pelanggan yang layak boleh menikmati ganjaran menarik seperti Pulangan Tunai 12% daripada Lazada, diskaun 15% untuk tempahan penerbangan MAS, selain penjimatan sehingga 10%, hadiah percuma dan diskaun 10% bebas cukai di Mitsui Outlet Park.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, “adalah sesuatu yang istimewa bagi saya untuk dapat melancarkan produk pertama dalam pasaran bersama-sama syarikat sekutu, CelcomDigi dan membolehkan kami menawarkan pengalaman kad peringkat 1 kepada segmen besar gabungan pangkalan pelanggan kami.”
“Pelancaran produk ini merupakan gabungan kejayaan inovasi kewangan inklusif, ditambah dengan nilai sinergi yang dimiliki oleh dua syarikat utama Malaysia dalam Kumpulan Axiata,”
Katanya, “ia juga mengukuhkan lagi perkongsian kami dengan Mastercard yang dijalin di bawah objektif bersama untuk membawa inovasi baharu kepada landskap kewangan di Malaysia.”
Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, T Kugan berkata, “perkongsian ini menandakan satu langkah penting ke arah keterangkuman kewangan bersama-sama dengan produk dan perkhidmatan telekomunikasi, memberikan kemudahan dan pengalaman yang bermanfaat kepada pengguna Malaysia yang secara beransur-ansur beralih kepada pendekatan mengutamakan digital untuk banyak gaya hidup harian,”
“Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan peneraju industri dan memacu inovasi digital merentasi ekosistem digital Malaysia, seterusnya menyokong agenda digital negara,” katanya.
Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia & Brunei, Beena Pothen berkata, “dengan Beyond Card, rakyat Malaysia boleh meneroka pengalaman pelancongan tiada tandingan dalam pelbagai segmen merangkumi makanan terbaik, beli-belah, hiburan dan banyak lagi.”
Penyelidikan daripada Institut Ekonomi Mastercard menekankan penilaian orang ramai berhubung pengalaman melebihi kebendaan, menjadikan integrasi Ganjaran Pelancongan Mastercard disesuaikan secara semula jadi dengan trend ini.
Tambahnya lagi, “kerjasama dengan Boost dan CelcomDigi merupakan peristiwa penting dalam industri, mencerminkan dedikasi bersama dalam mengutamakan minat pengguna, terutamanya dalam perkara membabitkan pelancongan.”
Menerusi pilihan pembayaran berpatuhan Shariah PayLater, dikenali sebagai Boost PayFlexTM, pengguna boleh melanjutkan tempoh ansuran pembayaran sehingga 3 bulan.
Pengguna juga boleh mendapatkan sehingga 3x Boost Stars untuk setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlexTM, yang mana boleh ditebus menerusi Program Kesetiaan BoostUP.
Tiada sebarang yuran dikenakan untuk transaksi tempatan dan pemotongan terus dilakukan menerusi Beyond Card.
Setiap transaksi dilindungi kata laluan, dan pembekuan kad segera boleh dilakukan jika berlaku kecemasan.
Untuk memohon Beyond Card, pelanggan Celcom yang layak boleh memuat turun aplikasi Boost dan mencipta akaun Premium Wallet secara percuma.
Pelanggan kemudiannya boleh menekan butang ‘Beyond Card’ pada halaman utama aplikasi Boost dan melengkapkan proses permohonan yang diperlukan.
Sebaik sahaja berjaya di peringkat pra-kelulusan, pengguna dengan segera akan dapat melihat kad maya mereka pada aplikasi, yang mana ia boleh digunakan untuk membuat transaksi dalam talian.
Bagi pengguna luar talian, permintaan kad fizikal tersedia di laman Beyond Card, dengan caj RM20 dikenakan meliputi caj penghantaran dan SST.
Sebagai pertukaran untuk aplikasi kad fizikal lengkap, pengguna dapat menebus ganjaran bernilai RM100, daripada Lazada, Agoda, Gong Cha, Google Play Store, Viu serta The Alley, dan banyak lagi.