Umum

Seorang kedi golf dakwa dicabul ketika bekerja

Gambar Hiasan. Foto Kredit Unsplash

Seorang kedi golf wanita berumur 21 tahun telah membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya dicabul dua lelaki berpangkat pegawai tentera ketika sedang bekerja.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul.

Ia berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa yang bekerja di sebuah kelab golf di Alor Gajah.

Menurut laporan, Zainol berkata kedua individu yang didakwa mencabul mangsa merupakan pegawai kanan tentera berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Kedua-dua individu terbabit telah dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam kenyataan, beliau menyatakan bahawa pihak Polis turut menerima 2 lagi laporan polis berkaitan kes sama. Yang pertama dibuat oleh suspek berusia 51 tahun yang menafikan kejadian itu dan yang kedua laporan polis dibuat oleh rakan mangsa berusia 35 tahun.

Jelas beliau, berdasarkan laporan polis yang dibuat rakan mangsa menyatakan dia tidak melihat kejadian yang menimpa mangsa.

“Sehingga kini, polis masih meneruskan siasatan,” ujarnya.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top