Bintang popular Yuna telah membuat keputusan berani dengan memilih Kuching sebagai lokasi “Yuna Asia Tour” dalam usaha memperluaskan lagi “namanya” di Malaysia dan wilayah Borneo.
Walaupun konsert sebesar ini tidak dianjurkan di Kuala Lumpur sealiran pilihan norma, penganjur (RK Live Asia dan Incon Entertainment) tetap yakin imej Yuna dan pengaruhnya dalam arena muzik tempatan dapat membawa sambutan yang luar biasa kepada siri jelajah kali ini bertempat di Hikmah Exchange pada 27 Oktober.
Dalam kenyataan, penganjur berkata Yuna adalah wanita istimewa berhati besar, yang membawa karyanya ke seluruh dunia, dan yakin Kuching akan menyaksikan satu persembahan hebat darinya.
Selain Kuching, “Yuna Asia Tour” juga akan dianjurkan di Tokyo,Jepun (16 Oktober) dan Singapore (18 Oktober)
Yuna dijangka menghiburkan peminatnya di Hikmah Exchange dengan persembahan lagu-lagu hit seperti “Hello”, “Lullabies”, “Dan Sebenarnya” dan single terbaru darinya, “Masih Sunyi”.
Tiket telahpun mula dijual dari 2 Oktober lalu dengan harga tiket bermula RM250. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tikect2u.com.my