Umum

2 kertas siasatan melibatkan Ebit Lew dirujuk AGC

2 kertas siasatan membabitkan kes pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew (Ebit Lew) telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan perkara itu dan menyatakan kertas siasatan itu berkaitan dakwaan merogol dan dakwaan fitnah terhadap Ebit Lew.

Kedua-dua kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” jelasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Rabu.

Terdahulu, tular di media bahawa pempengaruh daripada Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dirogol oleh Ebit Lew.

Ekoran itu, umum maklum, Ebit Lew juga telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.

Sehubungan itu, polis telah merakam percakapan penyanyi, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bagi siasatan lanjut.

PALING POPULAR

To Top