Umum

Fatwa Johor tetapkan 81km sebagai 2 marhalah musafir

Gambar Hiasan

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan fatwa menetapkan 81 kilometer (km) sebagai kadar baharu bagi dua marhalah kepada musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar.

Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor yang bertarikh 9 November lalu.

Pewartaan itu dibuat mengikut ketetapan di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003].

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut Subseksyen 48 (6) Enakmen itu.

Menurut Warta Kerjaan Negeri Johor bertarikh 9 November itu, adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi para musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81 kilometer.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top