Umum

War On Terror : KL Anarki bakal ditayangkan mulai 23 November

Tayangan perdana filem aksi tempatan berjudul ‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’ (WOT : KLA) telah diadakan di GSC LaLaport BBCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

WOT : KLA bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei mulai Khamis, 23 November 2023.

WOT : KLA menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Qi Razali, Noki K-Clique, Naque Ariffin, Kahoe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinna Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia dan Wan Hanafi Su.

Filem WOT : KLA arahan bersama oleh Kroll Azry dan Frank See bakal menjadi filem terbaik untuk penutup tahun 2023 kerana ia merupakan sebuah filem yang padat dengan aksi dan debaran dari awal hingga ke akhir.

“Saya dapat merasakan penonton sangat teruja untuk menonton filem ini kerana jalan cerita yang berbeza dari filem-filem yang pernah ditonton. Selain itu, penampilan barisan pelakon yang mantap mampu menyampaikan jalan cerita filem ini dengan lebih jelas kepada para penonton,” jelas Kroll Azry.

Memetik kata-kata Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia iaitu Datuk Steven Lim, “Kerjasama dalam menjayakan filem ini sebenarnya adalah untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama bertahun-tahun dalam menjaga dan memelihara keselamatan negara, rakyat, nyawa, dan harta benda”.

Filem ini dipersembahkan oleh Polis Diraja Malaysia, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media, dan dipersembahkan bersama HONOR X9b, dengan sokongan penaja utama CUCKOO dan penaja AHB.

WOT : KLA mengisahkan tentang sekumpulan pengganas diketuai oleh Lang yang telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Pantai Timur. Pasukan khas unit anti pengganas polis ketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat. Lang telah berjaya diberkas oleh pasukan khas unit anti pengganas polis semasa serbuan dilakukan namun adik beliau, Joe telah berjaya meloloskan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila Joe mengugut untuk meletupkan bandar Kuala Lumpur sekiranya abangnya Lang tidak dibebaskan. Kini pihak polis perlu berlumba dengan masa kerana ancaman pengganas ini boleh mengorbankan banyak nyawa di Kuala Lumpur.

Majlis gilang-gemilang ini turut dirasmikan oleh tetamu kehormat seperti YBhg. Tan Sri Razarudin Husain selaku Ketua Polis Negara, dan turut disaksikan oleh Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara; Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi Kumpulan Multimedia; Datuk Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia; Datin Vince Chin, Pengurus Besar Kumpulan Multimedia; Cik Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas; Encik Tung Yow Kong, Ketua Pegawai Operasi GSC Movies; Encik Henry Tan Poh Hock, Penasihat Kumpulan Astro; Puan Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro; dan Encik KC Hoe, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Six Fun Media & Cuckoo.

Tidak ketinggalan hadir bersama memberi sokongan ialah Encik Justin Li, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia; Encik Victor Yu, Pengarah Pemasaran HONOR Malaysia; Encik Nick Chin, Timbalan Pengurus Besar Cuckoo & Six Fun Media; Dr Alfred Ng Kok Weng, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Herbal Biotech (AHB); Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS; Dato’ Azmir Saifudin Bin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Republik Arab Mesir ke Malaysia; TYT Hesham Ahmed Fouad, Kaunselor Kedutaan Mesir di Malaysia; dan TYT Naiyl M. Latypov, Duta Persekutuan Rusia.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top