Business

KPJ Healthcare lantik Sherene Azli CMO baharu

KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) telah mengumumkan pelantikan Sherene Azli sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) baharu bermula hari ini (Khamis).

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, menyambut baik pelantikan Sherene, menyatakan keyakinan bahawa pengalaman luas Sherene akan terus memperkasa misi KPJ Healthcare dalam merevolusi ekosistem penjagaan kesihatan.

Keat Chyuan turut menyatakan kepimpinan Sherene akan menjadi pendorong utama dalam mengkukuhkan kedudukan KPJ Healthcare sebagai peneraju industri.

Dalam mengulas pelantikan baharunya, Sherene menyatakan komitmennya untuk mengemudi perubahan positif dalam sektor penjagaan kesihatan, serta memacu pertumbuhan perniagaan KPJ Healthcare ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan pandangan strategik yang terbukti, Sherene dijangka dapat menangani cabaran kompleks dalam industri penjagaan kesihatan.

Pelantikan beliau diharapkan akan membawa impak positif dalam memacu pertumbuhan berterusan bagi KPJ Healthcare.

 

 

Sumber Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top