Umum

Padang Dataran Merdeka tutup mulai 15 November hingga 31 Januari 2024

Gambar River Of Life

Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat pengumuman bahawa penutupan itu bermula hari Rabu, 15 November 2023.

Menurutnya, tiada sebarang aktiviti dibenarkan sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.

Sehubungan itu, sebarang permohonan tempahan untuk penggunaan padang Dataran Merdeka akan dibekukan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan.

DBKL turut memaklumkan, kerja penyelenggaraan hanya melibatkan kawasan padang manakala fasiliti lain seperti jalan dan parkir di dataran masih boleh digunakan seperti biasa.

PALING POPULAR

To Top