Mesyuarat Khas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden dalam pemilihan parti akan datang.
Perkara tersebut telah disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turut berkata MPT berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin masih diperlukan parti dan negara.
Dalam suatu kenyataan, Hamzah berkata mesyuarat tersebut telah dipengerusikan Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada petang Jumaat.
Terdahulu, Muhyiddin telah mengumumkan untjm tidak mempertahakan jawatan Presiden ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 pada hari Jumaat.
Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis menerajui parti itu.