Umum

Boleh panggil Tokti tapi dalam majlis tertentu lebih baik dengan nama Siti Nurhaliza

Gambar Sinar Harian

Penyayi popular negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyatakan beliau tidak kisah kalau dipanggil Tokti semasa bersama peminat, namun lebih baik dipanggil dengan nama Siti Nurhaliza dalam majlis tertentu.

Beliau berkata demikian dalam mengulas isu peminat yang kurang senang dengan panggilan Tokti sehingga menenggelamkan nama Siti Nurhaliza.

Menurutnya, perkara tersebut tidak menjadi masalah namun beliau tidak mahu sehingga ada pihak tidak dibenarkan untuk memanggilnya dengan panggilan mesra yang sudah sinonim dengan dirinya itu.

“Kalau nak kata jangan panggil saya Tokti panggil saya Siti Nurhaliza, saya tak nak sampai macam itu sekali, tapi kalau boleh dalam keadaan tertentu yang melibatkan sesuatu yang formal perlu menyebut nama saya Siti Nurhaliza,” ujarnya.

Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di sesi Meet and Greet di Jelajah Jiwa SME yang berlangsung di The Curve, Damansara selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad.

Terdahulu timbul isu di media sosial di mana beberapa peminat yang mahukan Siti Nurhaliza dipanggil dengan namanya yang sebenar dan bukannya dengan panggilan Tokti.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top