Umum

Padang stadium rosak selepas konsert, Menteri Belia dan Sukan kata tiada kos terlibat untuk baik pulih

Gambar HRH Crown Prince of Johor

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah menyatakan bahawa tiada kos terlibat bagi kerja baikpulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak selepas penganjuran konsert kumpulan Coldplay di venue berkenaan pada Rabu lepas.

Menurutnya ini kerana terdapat tapak semaian berdekatan stadium berkenaan yang mempunyai rumput jenis Zeon Zoysia dan boleh terus digantikan jika permukaan padang rosak.

“Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Train-the-Trainee’ bagi Pengarah Klinikal dan Atlet Sihat di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan membuat kenytaan tersebut susulan topik kerosakan padang stadium itu hangat dibincangkan di media sosial.

Terdahulu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, memuat naik gambar menerusi Instagram banginda, keadaan permukaan padang stadium itu yang kelihatan rosak di beberapa bahagian.

Walaupun gambar tersebut dimuat naik Tunku Ismail tanpa sebarang kapsyen, pengguna media sosial rata-rata meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati melihat keadaan permukaan padang itu.

Sebelum ini, keadaan padang SNBJ menjadi topik hangat di media sosial ketika perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India pada bulan lepas.

PALING POPULAR

To Top