Umum

Pemilihan presiden parti MIC diadakan pada 12 April

Parti MIC bakal mengadakan pemilihan bagi jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini, dengan hari pencalonan ditetapkan 27 Mac dari 11 pagi hingga 12 tengah hari di tingkat lima ibu pejabat parti.

Menurut Timbalan Presiden, M Saravanan, perkara itu telah diputuskan Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC yang bermesyuarat hari Selasa dan turut memberitahu tidak akan bertanding jawatan tertinggi parti pada pemilihan nanti.

“Mengikut perlembagaan MIC, tempoh presiden MIC tamat pada 25 Mei 2024. Oleh itu berdasarkan perlembagaan (parti) satu pemilihan perlu diadakan sebelum tamat tempoh presiden,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibu pejabat MIC.

Calon ingin bertanding jawatan presiden boleh menawarkan diri dengan mengisi borang diedarkan bermula hari ini, dengan seorang pencadang dan seorang penyokong diperlukan.

Memgulas lanjut, Saravanan berkata, ketua-ketua cawangan yang menjalankan mesyuarat tahunan pada 2024 boleh menjadi pencadang dan penyokong untuk pemilihan presiden.

Jawatan presiden MIC kini disandang oleh SA Vigneswaran.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top