Umum

MIDA lulus sebanyak 4,230 projek bernilai RM42bilion sehingga 2023

Gambar Hiasan

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong menyatakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.

Menurut beliau, pendekatan keseluruhan kerajaan menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam pelaburan teknologi hijau.

“Hal ini jelas menunjukkan prospek Malaysia dalam pelaburan teknologi hijau. Dimaklumkan juga bahawa majoriti projek teknologi hijau yang diluluskan adalah bagi segmen projek solar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dominic Lau yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini pelan strategik kerajaan untuk meningkatkan pelaburan teknologi hijau.

Liew berkata, kerajaan juga telah menambah baik Insentif Teknologi Hijau melalui pendekatan berperingkat untuk menggalakkan lagi pelaburan.

Menurutnya, insentif tersebut kini meliputi aktiviti pelaburan hijau yang lebih meluas, termasuk hidrogen hijau, stesen pengecasan kenderaan elektrik dan tenaga angin.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top