Umum

Mila Jirin luah tidak puas hati kehadiran pegawai bertugas hasil di kediamannya

Usahawan wanita Norsyarmilla Jirin atau lebih mesra dikenali Mila Jirin menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Lembaga Hasil Dalam Hasil (LHDN) atas kehadiran pegawai bertugas di kediamannya untuk tujuan audit.

Menurut usahawan yang berusia 37 itu, beliau dan suami tidak pernah culas membayar cukai pendapatan yang diuruskan oleh ejen cukai setiap tahunan.

Beliau turut mendedahkan ibu mentuanya menerima notis di bawah Seksyen 78 Akta Cukai Pendapatan daripada pegawai LHDN cawangan Negeri Sembilan yang datang pada 6 Mei lalu.

Beliau membuat perkongsian terbuat menerusi sebuah video di media sosial.

“Program Khas Sukarela 2.0 (SVD) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan melaporkan secara sukarela untuk pendapatan yang kurang dilaporkan.

“Sebagai balasan, tiada sebarang audit atau penyiasatan akan dilakukan kepada kami dengan penalti sifar.

“Jadi, saya dan suami ambil peluang ini dan ambil peluang untuk mengisytiharkan pendapatan yang kurang dilaporkan bagi saya, suami dan semua syarikat berkait,” katanya.

Tambah Mila, pegawai LHDN menyatakan beliau dan suami gagal mengisytiharkan cukai terkurang lapor sebelum notis hadir ke rumah itu dikeluarkan walaupun sudah dilaksanakan pada 9 Februari lalu.

Ujarnya lagi, ia dianggap sebagai satu penganiayaan kerana dia telah memenuhi syarat-syarat SVD yang ditetapkan.

“Jadi, di manakah keadilan untuk saya? Jika dibiarkan berlaku, saya pasti setiap tahun mesti akan diaudit, bagaimana (perniagaan) saya nak berkembang?

“Bagaimana saya mahu fokus dengan perniagaan saya dalam memacu ekonomi di negara ini?” soalnya.

Sehubungan itu, Mila Jirin memaklumkan sudah menghantar e-mel kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Abu Tariq Jamaluddin supaya pihaknya dapat melihat semula tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pegawai.

Mila berkata, kehadiran pegawai ke kediamannya untuk mengaudit sudah dilaporkan kepada pihak polis supaya diberi peluang mendapatkan hak dan keadilan.

“Saya mohon agar kesucian SVD ini tidak dicacatcelakan dan dicemari oleh tindakan pegawai LHDN yang rakus mengejar petunjuk prestasi utama (KPI), tetapi lihatlah kami sebagai penyumbang pembangunan negara,” jelasnya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top