Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menayatakan bahawa syarikat ALLSTAR CAPITAL tidak bernaung dibawahnya dan menafikan terdapat sebarang kaitan dengan syarikat tersebut.
SKM memaklumkan penafian itu menerusi suatu kenyataan yang dibuat susulan pihaknya menerima maklumat bahawa syarikat ALLSTAR CAPITAL menerusi hantaran di laman web rasmi syarikat tersebut mengguna pakai nama SKM sebagai penaung.
“Berikutan itu, SKM dengan ini menafikan sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat ini juga tidak bernaung di bawah SKM.
“Orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum membuat pinjaman dan pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri,” menurut kenyataan itu.
Orang awam boleh menghubungi SKM di talian 03-2083 4000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk aduan dan pertanyaan.