Business

Brahim’s peneraju utama dalam penyediaan makanan Halal dalam penerbangan

Gambar Brahim's Food

Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) yang terletak di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berdiri sebagai bukti cemerlang dalam penyediaan makanan halal dalam penerbangan.

Sebagai dapur halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini, BFS telah mendapat tempat sebagai penyedia utama perkhidmatan dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa, termasuk 7 syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Ini termasuk Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines, dan EVA Air, yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024 yang diadakan pada 24 Jun di Fairmont Windsor Park yang ikonik, berhampiran Lapangan Terbang Heathrow London mengesahkan kecemerlangan rakan-rakan kongsi BFS.

Qatar Airways dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia, dengan Singapore Airlines dan Emirates masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga (www.worldairlineawards.com | Skytrax).

Antara sepuluh syarikat penerbangan teratas adalah:

1 Qatar Airways

2 Singapore Airlines

3 Emirates

4 ANA All Nippon Airways

5 Cathay Pacific Airways

6 Japan Airlines

7 Turkish Airlines

8 EVA Air

9 Air France

10 Swiss International Airlines

 

Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s Food Services, Mohd Fadhli bin Abdul Rahman berkata dengan bangganya tujuh daripada syarikat penerbangan tersebut disediakan oleh BFS iaitu:

1 Qatar Airways

2 Emirates

3 ANA All Nippon Airways

4 Cathay Pacific Airways

5 Japan Airlines

6 Turkish Airlines

7 EVA Air

“BFS tidak menyediakan makanan untuk Singapore Airlines kerana syarikat penerbangan ini membuat 2 kali penyediaan makanan ‘double caters’ daripada Lapangan Terbang Changi . Syarikat penerbangan Air France dan Swiss Air pula tidak mendarat di KLIA”.

Tambahan beliau, “Pengiktirafan ini adalah saat yang membanggakan bagi semua wargakerja di Brahim’s Food Services. Ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pemain utama dalam pasaran penyediaan makanan halal dalam penerbangan global”.

Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings Berhad Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad berkata, walaupun menghadapi cabaran, termasuk kehilangan perniagaan Malaysian Airlines (MAS), BFS, anak syarikat kepada Brahim’s Holdings Berhad (BHB), mencatatkan keuntungan lebih kurang RM12 juta untuk tahun kewangan berakhir 2023. Ini dilaporkan semasa AGM BHB pada Jumaat 28 Jun 2024.

“Kejayaan kewangan ini menunjukkan ketahanan dan model perniagaan yang kukuh dalam kumpulan syarikat Brahim’s”, tambah beliau lagi.

Reputasi BFS sebagai penyedia makanan halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini adalah wajar, dengan dapur canggihnya yang meliputi lebih kurang 60,000 meter persegi.

Kemudahan besar ini, yang dikendalikan oleh lebih 550 pekerja berdedikasi, beroperasi sepanjang masa, mampu menghasilkan sehingga 60,000 hidangan setiap hari, mengikut standard halal dan juga memastikan kualiti dan keselamatan tertinggi dalam penyediaan makanan, menjadikan BFS nama yang dipercayai dalam industri ini.

Di tengah-tengah kejayaan BFS adalah misinya yang tidak berbelah bagi: Memperkaya Makanan dan Perkhidmatan Halal, yang mendorong syarikat untuk terus berinovasi dan memperbaiki tawarannya, memastikan setiap hidangan yang disajikan bukan sahaja memenuhi tetapi juga melebihi jangkaan pelanggan mereka yang pelbagai.

Melalui usaha sama dengan badan-badan pensijilan halal tempatan dan antarabangsa, BFS kekal di barisan hadapan sektor makanan halal, menerajui penyelesaian yang sesuai dengan pasaran serantau dan global.

Impak BFS melangkaui pengalaman dalam penerbangan. Pendekatan inovatif syarikat terhadap penyelesaian makanan halal adalah mercu tanda kecemerlangan, menetapkan penanda aras untuk kualiti dan keaslian.

Untuk masa depan BFS akan memperluaskan ufuknya, membina pelanggan baru dan berpotensi sambil mengekalkan nilai teras integriti, inovasi, dan kepuasan pelanggan.

Brahim’s Food Services Sdn Bhd lebih daripada sekadar perkhidmatan katering; ia adalah simbol kecemerlangan dan dedikasi dalam industri makanan halal.

Skala operasi yang mengagumkan, digabungkan dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan inovasi, memastikan bahawa ia akan terus menerajui penyediaan makanan halal dalam penerbangan untuk tahun-tahun akan datang, melayani bukan sahaja syarikat penerbangan terbaik dunia, Qatar Airways tetapi juga syarikat penerbangan terkemuka lain yang diiktiraf di peringkat global.

PALING POPULAR

To Top