Umum

Lebih separuh murid di Wilayah Persekutuan rabun

Dilaporkan sebanyak 58.2% murid sekolah di Wilayah Persekutuan telah dikenal pasti mengalami masalah rabun.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, dapatan itu berdasarkan saringan dijalankan ke atas 2,077 murid di bawah Program Mata Hati Wilayah.

“Ada seorang murid yang disaring iaitu murid Tahun 1, (tahap) kerabunannya tinggi dan dia tak pernah tahu. Sudah pasti ini akan mengganggu pembelajaran.

Sekiranya hal ini tidak atasi lebih awal, ada kemungkinan mereka akan tercicir daripada pelajaran, katanya dilaporkan berita.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Kecemerlangan SPM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di Kuala Lumpur.

Zaliha berkata, program Mata Hati Wilayah adalah sebahagian daripada inisiatif Program Usaha Jaya Insan (Puji) bertujuan menangani masalah kesihatan mata dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di seluruh Wilayah Persekutuan.

Antara sekolah yang telah dipilih untuk menyertai program itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pantai, SK Desa Tasik, SK Setiawangsa, dan SK Wangsa Maju Seksyen 1.

 

 

PALING POPULAR

To Top