Krisis Politik Negeri Sembilan: 14 ADUN UMNO-BN Tarik Sokongan Terhadap MB
SEREMBAN — Politik Negeri Sembilan kini kembali menjadi tumpuan apabila 14 ADUN UMNO-Barisan Nasional (BN) dilaporkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan MB
Menurut kenyataan tersebut, kesemua 14 ADUN BN mengambil keputusan sebulat suara untuk menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Ia dikaitkan dengan isu melibatkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan yang didakwa perlu dihormati tanpa campur tangan politik.
“Kami hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri,” kata Jalaluddin Alias.
Implikasi Politik Negeri
Dengan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, perkembangan ini membuka persoalan besar mengenai kestabilan kerajaan negeri.
Setakat ini, pemakluman rasmi dijangka dikemukakan kepada Speaker DUN Negeri Sembilan.
NH Online akan terus memantau perkembangan isu ini.
