Umum

Deklarasi kecemasan kesihatan global WHO, Seegene bangunkan Ujian PCR mpox

Seegene Inc. (KQ096530), sebuah syarikat Korea Selatan terkemuka yang menyediakan penyelesaian keseluruhan untuk diagnostik molekul PCR, mengumumkan pada hari ini bahawa ia membangunkan cerakin ujian PCR sebagai respons kepada kecemasan kesihatan awam dengan kebimbangan antarabangsa (PHEIC) yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan penularan global mpox.

Produk ini, yang bertujuan untuk kegunaan penyelidikan sahaja (RUO), termasuk Cerakin Novaplex™ MPXV/OPXV (RUO) dan Cerakin Novaplex™ HSV-1&2/VZV/MPXV (RUO). Khususnya, Cerakin Novaplex™ HSV-1&2/VZV/MPXV (RUO) direka untuk mengesan empat virus termasuk virus mpox dan patogen penyebab STI utama yang lain.

Sebelum ini, Seegene membangunkan Novaplex MPXV (RUO) pada tahun 2022 menggunakan Sistem Pembangunan Digital Seegene (SGDDS) termajunya yang dibangunkan berasaskan kepakaran Seegene untuk mencipta dan menggunakan cerakin baharu dengan pantas.

“Kami akan berkolaborasi secara erat bersama kerajaan di serata dunia yang memerlukan cerakin dan merancang untuk membekalkan produk kepada mereka yang dapat memenuhi keperluan pasaran masing-masing,” kata Daniel Shin, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Penjualan dan Pemasaran Global di Seegene.

Terdapat seruan yang semakin meningkat bagi menjamin akses kepada ubat-ubatan untuk negara-negara sedang membangun memandangkan mpox, yang dahulunya merupakan penyakit endemik di Afrika, menimbulkan ancaman global. Pembangunan cerakin Seegene bertujuan untuk membendung wabak global mpox dan memajukan wawasannya iaitu “dunia bebas daripada semua penyakit.”

Seegene develops mpox PCR test assays: Novaplex™ MPXV/OPXV Assay (RUO) and Novaplex™ HSV-1&2/VZV/MPXV Assay (RUO)

Mpox ialah penyakit virus yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia serta antara manusia. Gejala utama ialah ruam pustular atau vesikular, yang boleh muncul pada muka, mulut, tangan, kaki, dada dan sekitar kawasan dubur dan alat kelamin.

Dalam Julai 2022, WHO mengisytiharkan mpox sebagai PHEIC atas penularan antarabangsa mpox. Status kecemasan ditamatkan pada Mei 2023 apabila kes menurun dan kemajuan dicapai dalam mengawal wabak global. Walau bagaimanapun, penyebaran pantas strain virulen virus mpox di seluruh Afrika sejak September 2023 mendorong WHO untuk mengisytiharkannya sekali lagi sebagai PHEIC pada 14 Ogos.

Lonjakan kes mpox baru-baru ini didorong oleh Klad 1. Tidak seperti Klad 2, yang tersebar luas pada tahun 2022, Klad 1 dilaporkan mempunyai kadar mortaliti sehingga 10% dalam wabak lalu. Wabak pada masa ini didorong oleh Klad 1b, varian yang lebih mudah berjangkit dan membawa maut berbanding strain sebelumnya.

Pada 15 Ogos, kes mpox bermutasi telahpun disahkan di Sweden, lalu menimbulkan kebimbangan mengenai penularan virus varian di Eropah. Setakat ini, kes mpox bermutasi yang telahpun dilaporkan di luar Afrika termasuk Pakistan, Filipina dan Thailand, menandakan berlakunya wabak global.

PALING POPULAR

To Top