Pelajar Maut Dipercayai Kena Renjatan Elektrik Ketika Ambil Wuduk Di Sekolah
SIBU β Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Mukah, malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 malam ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk sekolah berkenaan.
Ketua Polis Matu Daro, Rahim Mihos berkata, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
βSeorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,β katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sarawak Energy Dipanggil Putus Bekalan Elektrik
Rahim berkata, pihak Sarawak Energy telah dimaklumkan bagi memutuskan bekalan elektrik di lokasi kejadian untuk memastikan keadaan berada dalam keadaan selamat.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Cetus Persoalan Keselamatan Elektrik Di Sekolah
Kejadian itu turut mengundang perhatian ramai terutama melibatkan aspek keselamatan elektrik di kawasan sekolah dan asrama.
Ramai netizen meluahkan rasa sedih selain berharap pemeriksaan berkala terhadap sistem elektrik di sekolah dapat dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
Al-Fatihah buat mangsa.
