Business

KL Marketplace teroka peluang perniagaan F&B Lestari di Genting Sustainbiz

Acara Genting Sustainbiz F&B Expo yang dianjurkan oleh Resorts World Genting (RWG) yang berlangsung dari 10 hingga 12 September di Genting International Convention Centre (GICC), menjadi tumpuan platform Kuala Lumpur Marketplace (KL Marketplace) meneroka peluang perniagaan dan meluaskan jaringan perniagaan usahawannya.

YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya memberi ucapan perasmian

Menerusi kerjasama yang diadakan antara Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) dan penganjur Genting Sustainbiz F&B Expo, platform KL Marketplace yang diterajui KLMCC telah mengadakan “buying Mission”, melibatkan 20 usahawan, yang telah memberi pendedahan perkembangan industri semasa serta membuka peluang delegasi mengintai peluang perniagaan yang sedia ada.

Menurut Timbalan Pengerusi KL Marketplace Rizal Abdul Rahman, ini merupakan “buying mission” yang kedua seperti ini selepas delegasi ke Food and Drinks Malaysia 2024 by SIAL (FDM2024) yang dianjurkan pada bulan Julai tahun ini.

Rizal yang juga ketua delegasi ke Genting Sustainbiz F&B Expo ini turut berkata dengan adanya aktiviti seperti ini, usahawan yang hadir bersama berpeluang mendapat pendedahan kepada trend dan innovasi industri yang terkini selain melebarkan jaringan perniagaan dalam subsektor F&B lestari dengan pengusaha tempatan dan luar negara.

Selama hampir 10 tahun, KL Marketplace telah menganjurkan berpuluh misi dagang ke luar negara termasuk ke Hong Kong, Jepun, Indonesia, Taiwan, Arab Saudi dan Korea Selatan, melibatkan pelbagai industri daripada fesyen dan pakaian, ke makanan dan minuman.

Untuk sebarang pertanyaan, termasuk penyertaan misi dagang, sila hantar email ke [email protected]

PALING POPULAR

To Top