Travel

Menu berasaskan tumbuhan kini terdapat di Resorts World Genting

Resorts World Genting (RWG), destinasi resort bersepadu utama di Malaysia dengan bangganya memperkenalkan pilihan menu berasaskan tumbuhan yang kini boleh dinikmati di semua outlet makannya. Hidangan-hidangan ini mencerminkan komitmen RWG terhadap pemakanan lestari, menawarkan pelanggan pilihan yang lazat sambil merayakan keunikan rasa serta kepelbagaian bahan berasaskan tumbuhan.

The Bakery, yang terletak di tingkat lobi Genting Grand menyediakan hidangan tempatan berasaskan tumbuhan seperti Nasi Lemak dan Bee Hoon dengan harga istimewa RM18 setiap satu. The Bakery dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga tengah malam pada hari Ahad hingga Khamis. Pada hari Jumaat, Sabtu, dan malam sebelum cuti umum, restoran ini beroperasi sehingga jam 2:00 pagi.

Untuk pengunjung Genting SkyWorlds Theme Park, hidangan khas berasaskan tumbuhan boleh didapati di Buck’s Café seperti Nasi Goreng Thai pada harga RM30 dan Roti Sandwich Telur dengan patty berasaskan tumbuhan pada harga RM12. Hidangan ini tersedia setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang.

Harry Ramsden, Plant-based salad with honey mustard dressing

Bagi pengalaman citarasa Barat yang memuaskan, kunjungi Harry Ramsden di Aras 4 SkyAvenue. Nikmati pilihan berasaskan tumbuhan seperti Spaghetti Aglio Olio dan Salad dengan Sos Mustard Madu, masing-masing pada harga RM22. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 pagi, menawarkan sajian yang menyelerakan sepanjang hari.

Wolfgang’s Steakhouse Filo Pastry Roulade

Selain itu, pelbagai hidangan berasaskan tumbuhan yang memikat selera kini boleh didapati di outlet-outlet lain di seluruh resort, termasuk Season, Burger & Lobster, High Line, Jom Makan Street Food, Taiko Ramen, Wolfgang’s Steakhouse, Jom Makan SkyAvenue, The Junction, Vila Festa, dan Kiosk Genting SkyWorlds. Setiap lokasi ini menawarkan pilihan hidangan berasaskan tumbuhan yang unik dan menarik.

Genting Palace, Sautéed vegetarian meat dried chillies and cashew nuts

Usaha RWG melangkah ke arah pengalaman kulinari yang lestari diketuai oleh pasukan Eksekutif Superchef yang terdiri daripada tujuh (7) chef hebat iaitu Chef Tan Hang, Muhamad Muhader Bin Wahi Anour (Aidil), Lee Kee Sin, Murugan A/L Subramaniam, Lim Khon Seng
(Casey), Low Lam Chong, dan Yap Sak Choong (Jacky). Kehebatan kulinari mereka baru-baru ini diraikan dalam Majlis Perasmian Ekspo Genting Sustainbiz F&B 2024.

Dengan pengenalan menu berasaskan tumbuhan yang menarik ini, RWG mengundang anda untuk menikmati dan meneroka pengalaman kulinari baharu di mana kelestarian dan cita rasa istimewa bergabung. Terokai setiap outlet yang menawarkan menu ini di seluruh resort dan rasai hidangan inovatif yang dihasilkan oleh pakar kulinari kami. Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top